KUALA LUMPUR: Akta Jenayah Siber dijangka berkuat kuasa pada awal 2027 bagi memperkukuh kerangka perundangan negara dalam menangani ancaman jenayah siber yang semakin kompleks dan terancang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan memandang serius peningkatan jenayah penipuan dalam talian dan akan terus meneliti keperluan menambah baik undang-undang sedia ada bagi memastikan ia kekal relevan serta berkesan.
Katanya, kerangka perundangan negara telah diperkukuh menerusi pindaan terhadap Kanun Keseksaan dengan pengenalan Seksyen 424A, 424B, 424C(1) dan 424C(2), selain pindaan kepada Kanun Tatacara Jenayah melalui pengenalan Seksyen 116D.
“Tindakan terhadap jenayah dalam talian turut disokong melalui peruntukan berkaitan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.








