KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelajar semester tujuh dan lapan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Komunikasi Korporat Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) baru-baru ini telah menganjurkan program pertandingan filem pendek, CommFest: Nukilan Lentera Dari Lensa, Demi Malaysia bertujuan memupuk kreativiti dan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Program ini melibatkan seramai 101 peserta yang terdiri daripada 12 pasukan, dengan enam pasukan bagi kategori terbuka dan enam pasukan bagi kategori sekolah.

Pengarah program itu Dayana Safiyya Zulhalmi berkata, CommFest: Nukilan Lentera merupakan sebuah program pertandingan filem pendek yang menggabungkan elemen komunikasi, kreativiti dan semangat patriotisme melalui medium penceritaan visual.