Ejen persekutuan AS serbu rumah wakil rakyat anti-Trump
Ejen-ejen persekutuan Amerika Syarikat (AS) menggeledah kediaman wakil rakyat Parti Demokrat, Ilhan Omar di Washington pada Isnin sebagai sebahagian daripada siasatan jenayah, kata pegawai rasmi sekali gus menandakan peningkatan ketegangan dalam perselisihan antara Presiden AS, Donald Trump dan ahli parlimen lantang itu.
Ejen persekutuan AS menggeledah rumah wakil rakyat Parti Demokrat, Ilhan Omar sebagai sebahagian daripada siasatan jenayah.
Penggeledahan dilakukan oleh ejen Penyiasatan Keselamatan Dalam Negeri (HSI) tiga minggu sebelum pilihan raya pertengahan penggal.
Siasatan berkaitan dengan dokumen imigresen yang dikemukakan oleh bapa Ilhan semasa dia kanak-kanak.
Jabatan Kehakiman (DOJ) mengesahkan ejen melaksanakan waran geledah yang diluluskan oleh mahkamah.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
WASHINGTON: Ejen-ejen persekutuan Amerika Syarikat (AS) menggeledah kediaman wakil rakyat Parti Demokrat, Ilhan Omar di Washington pada Isnin sebagai sebahagian daripada siasatan jenayah, kata pegawai rasmi sekali gus menandakan peningkatan ketegangan dalam perselisihan antara Presiden AS, Donald Trump dan ahli parlimen lantang itu.
Penggeledahan yang dilakukan tiga minggu sebelum pilihan raya pertengahan penggal bagi menentukan penguasaan Kongres itu dijalankan oleh ejen Penyiasatan Keselamatan Dalam Negeri (HSI), iaitu cabang penyiasatan penguatkuasaan imigresen AS, menurut laporan Fox News yang memetik sumber.
Rangkaian televisyen kabel itu melaporkan bahawa operasi berkenaan berkaitan dengan siasatan penipuan jenayah berhubung dokumen imigresen yang dikemukakan bagi pihak ahli parlimen kelahiran Somalia itu oleh arwah bapanya semasa beliau masih kanak-kanak.
Read the full story on Utusan MalaysiaYou've read the opening, about 111 of 392 words. The full piece is published by Utusan Malaysia.
JOHOR BAHRU: Polis Johor mengaktifkan 13 Pusat Kawalan Daerah (DCC) di seluruh Johor berkuat kuasa semalam bagi menyelaras dan memantau situasi jerebu di negeri ini. Ketua Polis…
NEW YORK: Ratusan penumpang sebuah penerbangan antarabangsa menuju ke Texas berdepan detik mendebarkan selepas enam daripada lapan tandas di dalam pesawat berkenaan rosak…
KOTA BHARU: Guru wanita yang tertekan pedal minyak kenderaan utiliti sukan (SUV) sehingga merempuh dan meragut nyawa pelajar Tingkatan Satu dan mencederakan seorang lagi pelajar…
AI summary Maritim Malaysia menahan sebuah vesel nelayan tempatan bersama lima kru warga Myanmar, termasuk tekong, kerana melanggar syarat lesen perikanan.
Presiden Prabowo Subianto berkata keluasan kawasan yang masih memerlukan operasi pemadaman kini berkurangan kepada kurang 1,000 hektar hasil usaha pemadaman yang menyeluruh…