KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta tidak mengambil tindakan sendiri terhadap pelarian yang didakwa melakukan kesalahan atau menimbulkan keresahan masyarakat, sebaliknya menyalurkan aduan kepada pihak berkuasa untuk tindakan mengikut undang-undang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebarang aduan berkaitan tingkah laku pelarian yang tidak disenangi penduduk setempat perlu diserahkan kepada polis atau pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan sewajarnya.
“Soal tindakan bersendirian. Saya fikir kerjasama yang rakyat Malaysia boleh buat adalah jika mereka mendapati tingkah laku atau perbuatan di kalangan mereka yang dikatakan pelarian ini tak disenangi oleh penduduk setempat, komuniti setempat dan sebagainya, mereka sampai kepada pihak berkuasa.








