bhnews@bh.com.my
Sepang: Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi arahan polis dan petugas susulan pelaksanaan pelan laluan komuniti dari kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Terminal 1 dan Terminal 2 sempena Kejohanan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026.
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA dalam kenyataan memaklumkan pelan laluan komuniti itu disediakan bagi memastikan kelancaran pergerakan trafik serta memudahkan urusan perjalanan orang awam sepanjang tempoh kejohanan berlangsung.
"Orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda arah serta mengikuti arahan pihak polis dan petugas bertugas bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas sepanjang tempoh kejohanan berlangsung," katanya.






