KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkongsi perkembangan persiapan penganjuran Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain 2026 dengan Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman bin Hamad Al Khalifa.

Perkembangan itu disampaikan Anwar menerusi panggilan telefon di sela-sela tinjauan beliau di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) petang tadi.

"Saya turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama erat Malaysia dan Bahrain dalam menjayakan penganjuran ini, dengan segala persiapan kini giat dilaksanakan bagi menyambut kehadiran peminat dan pengunjung dari seluruh dunia.

"Saya menantikan pertemuan dengan Putera Mahkota di Malaysia dalam beberapa hari lagi, insya-Allah, seraya terus memperkukuh persahabatan antara kedua-dua negara," kata beliau menerusi hantaran di Facebook.