SEREMBAN: Seorang warga emas antara 14 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel di simpang Jalan Keluar Sekolah Kebangsaan (SK) Panchor, di sini, pada 9 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, kesemua suspek berusia antara 22 hingga 67 tahun itu terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita.

Beliau berkata, kejadian disedari penduduk kira-kira pukul 12 tengah hari apabila seorang penduduk melihat empat lelaki memakai pelitup muka menggunakan empat kenderaan untuk menarik kabel dari dua lubang pembetung (manhole) milik sebuah syarikat telekomunikasi.

“Susulan laporan polis yang dibuat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan menjalankan operasi khas Op Lusuh di sekitar Labu, Nilai dan Dengkil, Selangor pada hari sama.