KUALA LUMPUR: Pelakon Idan Aedan mengambil tindakan undang-undang selepas mendakwa menerima beberapa ugutan bunuh menerusi ruangan komen media sosial susulan kontroversi yang mengaitkannya dengan dakwaan mengganggu hubungan pasangan lain.
Pelakon utama filem seram terbaharu, Kacau, itu berkata, beliau sudah membuat laporan polis dan mendapatkan khidmat peguam bagi menangani perkara berkenaan.
Idan berkata, walaupun menerima pelbagai komen berbaur kecaman selepas isu itu tular, beliau memilih untuk tidak melayan dakwaan berkenaan kerana yakin keluarga mengetahui perkara sebenar.
"Selepas isu itu tular, saya terima banyak komen, tetapi saya malas nak layan kerana saya tak bersalah, malah keluarga juga tahu apa yang berlaku.







