LONDON: Pengurus England, Thomas Tuchel menjelaskan tiada petunjuk Alex Scott berdepan risiko kecederaan sebelum atau ketika kemenangan 7-0 ke atas Croatia dalam aksi Liga Negara-Negara, semalam, sebelum pemain tengah itu menarik diri daripada skuad akibat kecederaan paha.
Scott meninggalkan kem England kerana kecederaan, menurut Persatuan Bolasepak England (FA), hari ini.
"Kes Alex ini pelik. Saya sangat sedih mengenainya. Dia menjalani latihan dalam kedua-dua sesi sebelum perlawanan. Dia melakukan latihan tambahan selepas sesi latihan.
"Kami tahu dia sedang menerima rawatan tetapi kami hanya mendapat maklum balas positif daripadanya dan pasukan perubatan," kata Tuchel.
"Apabila kami menyedari dia mengalami sedikit ketidakselesaan ketika perlawanan, kami bertanya sama ada dia mahu dikeluarkan. Dia berkata tidak."






