KUALA LUMPUR: Hanya 673 pegawai perubatan direkodkan melapor diri di Sarawak dan Sabah berbanding 4,255 penempatan pelantikan tetap yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, jumlah pegawai perubatan yang melapor diri di Sarawak adalah 337 daripada 527 orang yang ditawarkan manakala di Sabah adalah 336 daripada 528 individu yang mendapat tawaran berkenaan.

Secara keseluruhannya, beliau berkata, peratus pegawai perubatan yang melapor diri di kedua-dua negeri itu adalah 63 peratus daripada jumlah penempatan yang ditawarkan, dengan berlaku sedikit peningkatan berbanding 42 peratus pada 2025.

“Alasan menolak tawaran lantikan tetap adalah faktor berjauhan dengan keluarga dan pegawai perubatan tidak bersedia untuk bertugas dan berkhidmat di kawasan luar bandar.