sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Sekiranya takdir tidak memihak kepada tekong utama negara, Syahir Rosdi yang perlu menarik diri daripada menyertai skuad sepak takraw ke Sukan Asia 2026, mungkin sejarah menamatkan penantian 36 tahun itu akan berbeza.

Malah, semasa latihan, barisan jurulatih juga seperti kurang yakin terhadap prestasi dirinya sendiri dek kerana tidak dapat melakukan servis kencang seperti kebiasaannya.

Sebelum ini, tekong tinggi lampai itu mengalami koyakan otot pada kaki kanan ketika Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2026 pada Mei lalu dan perlu berehat tiga bulan.

Dalam fasa pemulihan dan persiapan ke temasya terbesar dunia itu, sekali lagi dirinya mengalami kecederaan pada bahagian pinggang.