KOTA BHARU – Seorang guru Pendidikan Islam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan cuai sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar dan melanggar seorang lagi pelajar dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di kawasan surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Mas di sini, enam bulan lalu.

Tertuduh, Sakinah Ismail, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Wan Mohd. I’zzat Wan Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, wanita itu didakwa telah menyebabkan kematian Nur Fatimatul Hawa Mohd Azaudin, 13, dengan melakukan satu perbuatan cuai yang tidak terjumlah kepada kesalahan mematikan orang dengan salah.