Guru wanita Sakinah Ismail mengaku tak salah di Mahkamah Majistret Kota Bharu di Kelantan atas dua tuduhan cuai hingga menyebabkan kematian dan kecederaan dua pelajarnya di sebuah sekolah menengah di Tanjong Mas, April lalu. PERALING JAYA: Seorang guru yang melanggar dua pelajarnya didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu atas dua pertuduhan cuai hingga menyebabkan kematian dan kecederaan di sebuah sekolah menengah di Tanjong Mas, April lalu.

Sakinah Ismail, 57, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Mohd I'zzat Wan Abdullah, lapor Berita Harian.

Mengikut tuduhan pertama, Sakinah didakwa melakukan perbuatan cuai sehingga menyebabkan kematian pelajar perempuan Tingkatan 1 di kawasan surau SMK Tanjong Mas pada 1.40 tengah hari, 12 April lalu.