Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata berkata kerajaan bercadang menggunakan maklumat daripada pendaftar pelarian untuk memadankan mereka dengan majikan yang berdepan kekurangan tenaga kerja. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan untuk mendaftarkan kira-kira 26,000 pelarian menjelang akhir 2027 di bawah program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP), kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata kerajaan menyasarkan kira-kira 6,000 pelarian pada tahun ini, termasuk 4,010 individu yang ditempatkan di depot imigresen dan 2,000 lagi yang tinggal di luar pusat tahanan.
“Tahun depan, apabila kita lebih baik dalam proses ini, kita akan meningkatkan sasaran kepada 20,000,” katanya kepada Dewan Rakyat.







