Bekas menteri Khairy Jamaluddin berkata perkara mengenai rasuah perlu dibangkitkan walaupun ia membabitkan pemimpin parti sendiri.PETALING JAYA: Bekas menteri Khairy Jamaluddin berkata salah laku tidak boleh dipertahankan sama sekali, walaupun melibatkan pemimpin partinya, Umno.
Khairy berkata kesetiaan politik tidak sepatutnya mengatasi integriti, sambil menegaskan bahawa dakwaan salah laku dan salah urus mesti ditangani.
“Kita tidak sepatutnya takut untuk bercakap tentang rasuah, walaupun ia melibatkan pemimpin kita.
“Apa yang salah tetap salah. Perkara yang tidak boleh dipertahankan, jangan dipertahankan. Salah urus tetap salah urus. Jika terdapat kes, kita perlu menjawabnya dan tidak sekali-kali berkompromi apabila melibatkan integriti,” katanya.








