KUALA LUMPUR - Kerajaan menyasarkan pendaftaran pelarian Myanmar menerusi Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) tahun depan berbanding kira-kira 6,000 orang yang disasarkan tahun ini.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sasaran bagi tahun ini merangkumi kira-kira 4,010 pelarian yang berada di depoh tahanan imigresen dan 2,000 lagi di luar depoh berkenaan.Menurutnya, DPP fasa pertama yang bermula pada Januari tahun ini menyasarkan pendaftaran kira-kira 4,000 hingga 4,010 pelarian yang ditempatkan di depoh tahanan imigresen, melibatkan proses temu duga dan tapisan oleh polis dan imigresen."Kemudian kita akan buat keputusan samada mereka ini adalah pelarian mengikut unjuran, mengikut pertimbangan kita. Tapi yang di luar depot imigresen bagi tahun ini, kita unjurkan 2,000, jadi keseluruhannya lebih kurang 6,000, sasaran kita bagi tahun ini."Tahun depan, setelah proses ini kita dah mahir, tahun depan kita tingkatkan unjuran kita sehingga 20,000 orang."Jadi, untuk makluman Tebrau, kalau di luar sana ada 225,000, yang kita dahulukan DPP ini adalah yang istilahnya 'low-hanging fruit'. Memang dah ada dalam depot kita, kita dahulukan yang itu dan yang di luar juga, kita ada unjuran yang telah saya nyatakan tadi," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) yang meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan sasaran kerajaan bagi pendaftaran pelarian Myanmar dalam tempoh dua tahun menerusi DPP, termasuk jumlah dan garis masa pelaksanaannya.Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, masalah pelarian itu satu masalah legasi yang berlarutan berdekad lamanya, hampir tiada penyelesaian dan kerajaan tekad menyelesaian isu itu secara tuntas dan berterusan."Kalau tak selesai, akan beri beban kewangan pada kerajaan. Ada kesan sosial, ekonomi, politik, bahkan kesan keselamatan. Pelarian ini, bila berada dalam negara kita, ada tiga sahaja hala tuju."Pertamanya kalau mereka berjaya ditempatkan di negara ketiga. Australia, New Zealand dan Kanada, ini negara yang ambil. Kedua, kalau secara sukarela nak balik, macam baru-baru ini kita hantar balik lebih kurang 1,400 orang. Mereka nak balik."Ketiga... selama mereka berada di sini, kalau mereka melanggar undang-undang, itu kita ambil tindakan, kemudian kita akan usir," katanya.Beliau berkata, data Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) terdapat 225,000 pelarian direkodkan namun tidak dapat dipastikan jumlah sebenar termasuk maklumat tapisan keselamatan, identiti, umur, jantina dan lokasi mereka.Menurutnya, DPP dilaksanakan bagi membolehkan kerajaan membina pangkalan data sendiri yang lebih menyeluruh, termasuk melalui tapisan polis dan imigresen serta penggunaan sistem biometrik."UNHCR beritahu kita, di negara kita ini ada 225,000 pelarian, tetapi saya dah jelaskan, kita faham data itu data mentah. Kita tidak tahu nama,lokasi mereka, umur dan jantina. Apakah m