KOTA BHARU: Seorang guru didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan cuai dengan melanggar dua pelajar Tingkatan Satu sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjong Mas, di sini, April lalu.

Sakinah Ismail, 57, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Mohd I'zzat Wan Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan cuai sehingga menyebabkan kematian pelajar perempuan tingkatan satu di kawasan surau SMK Tanjong Mas di sini, pada jam 1.40 tengah hari, 12 April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.