Pegawai penyiasat Wong Yew Zhung berkata tiada individu termasuk pengawal keselamatan atau warden asrama meronda tingkat tiga blok asrama didiami Zara Qairina Mahathir pada malam kejadian. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Mahkamah Koroner Kota Kinabalu diberitahu siasatan polis mendapati tiada saksi melihat Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang asrama sekolahnya pada 16 Julai 2025.

Pegawai penyiasat, Wong Yew Zhung, berkata tiada individu termasuk pengawal keselamatan atau warden asrama meronda tingkat tiga blok asrama didiami Zara pada malam kejadian.

Jelasnya, hasil pemerhatiannya juga mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di kawasan asrama yang boleh membekalkan rakaman berhubung kejadian itu.