ILTIZAM adalah platform impak sosial Ekuinas yang aktif menyokong perkembangan sosio ekonomi bumiputera secara mampan, dengan memberi tumpuan kepada komuniti B40 dan golongan yang memerlukan bantuan menerusi program-program berstruktur.

Visi jangka panjangnya adalah untuk menjadi sebuah platform impak sosial yang bukan sahaja membantu individu hari ini, tetapi juga membina generasi bumiputera yang lebih berdaya saing untuk masa hadapan.

Selaras dengan kedudukan Ekuinas sebagai anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB), syarikat ini mahu melahirkan lebih ramai usahawan yang mampu berkembang menjadi syarikat berprestasi tinggi, lebih ramai graduan yang mempunyai kerjaya berkualiti, dan komuniti yang lebih berdaya tahan serta inklusif.