PETALING JAYA: Perdana Menteri tidak boleh menentukan seseorang dituduh semula kerana kuasa pendakwaan terletak pada Peguam Negara selaras Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan pendakwaan hendaklah dibuat berdasarkan pertimbangan undang-undang, fakta serta bukti bukannya tekanan atau kehendak politik.
Katanya, prinsip kedaulatan undang-undang mesti dipertahankan secara konsisten tanpa mengira kedudukan politik atau identiti mana-mana individu yang terlibat.
“Perdana Menteri bukan Pendakwa Raya. Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Peguam Negara, yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menja








