KUALA LUMPUR: Firma guaman berdepan peraturan lebih ketat apabila mengendalikan wang anak guam bermula tahun depan, berikutan kebimbangan terhadap kes peguam tidak jujur yang menyebabkan bayaran tuntutan insurans dalam jumlah besar.

Majlis Peguam menyatakan bahawa syarat baharu itu, yang diperkenalkan di bawah Klausa 11(e) polisi insurans berkenaan, bertujuan mencegah penyalahgunaan dana anak guam serta melindungi kepentingan mereka.

Di bawah peraturan baharu berkenaan, firma guaman mempunyai lebih daripada seorang rakan kongsi, mesti mendapatkan kelulusan daripada dua lagi rakan kongsinya sebelum membuat transaksi membabitkan akaun anak guam.

Firma menggunakan perbankan dalam talian juga perlu memperkenalkan pemeriksaan keselamatan tambahan dan memastikan individu yang menyediakan pembayaran bukan orang yang sama meluluskannya.