Muar: Seorang wanita yang baru beberapa bulan bercerai ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat dengan dua lelaki di sebuah hotel di daerah ini, semalam.
Wanita berstatus berusia 20 tahun itu ditahan bersama dua lelaki masing-masing berusia 25 dan 18 tahun pada jam 11.05 malam ketika penguat kuasa menjalankan operasi berkala di sekitar bandar ini.
Menurut JAINJ, penguat kuasa menunggu kira-kira tujuh minit sebelum pintu bilik berkenaan dibuka oleh seorang lelaki yang memakai kemeja-T dan seluar panjang.
"Pemeriksaan lanjut menemukan seorang wanita berbaring di atas katil, manakala seorang lagi lelaki berada di atas tilam yang diletakkan di lantai.









