London: Seorang wanita United Kingdom (UK), Helga Duffy, meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-99 dengan melakukan aksi berjalan di atas sayap pesawat, sekali gus menjadi individu tertua pernah melakukan aksi lasak itu.

Memetik UPI, Duffy berkata, dia mendapat inspirasi untuk mencuba memecahkan Rekod Dunia Guinness (GWR) bagi individu tertua melakukan aksi berkenaan selepas melihat liputan berita mengenai pemegang rekod terdahulu, Betty Bromage, yang melakukannya ketika berusia 97 tahun.

Aksi Duffy pada asalnya dijadualkan berlangsung pada hari lahirnya, 23 September lalu, namun ditangguhkan ke 16 Oktober.

Susulan itu, wakil pengadil GWR hadir di Lapangan Terbang RFC Rendcomb di Cirencester, Gloucestershire, bagi mengesahkan rekod Duffy dan menyampaikan sijil kepadanya.