PETALING JAYA: Pengeluar automotif nasional, Proton Holdings Bhd. (Proton) kini membuka tempahan bagi model Proton X50 Sport Edition (SE) Serba Baharu bagi meraikan ulang tahun keenam pengenalan model kenderaan utiliti sukan (SUV) terlaris di Malaysia itu.
Berasaskan varian Flagship, model edisi khas itu menampilkan 15 penambahbaikan eksklusif pada bahagian luaran dan dalaman bagi memberikan penampilan yang lebih berani serta berimej sporty.
Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada 27 Oktober 2020, Proton X50 mencatatkan jualan terkumpul melebihi 177,000 unit bagi pasaran domestik dan eksport, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai SUV segmen-B terlaris di negara ini selama lima tahun berturut-turut.






