KUALA LUMPUR - Setelah hampir tiga dekad mengalunkan lagu-lagu nasyid yang menjadi santapan jiwa pendengar, kerinduan peminat untuk menyaksikan Hijjaz beraksi dalam konsert solo akhirnya terubat apabila kumpulan legenda itu tampil bersama-sama Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya.Menerusi konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah, kumpulan yang sinonim dengan lagu-lagu malar segar seperti Sumayyah dan Fatamorgana itu bukan sekadar mengajak peminat mengimbau nostalgia, malah membawa mereka menyusuri perjalanan seni yang mewarnai industri nasyid tanah air sejak 1997.Sambutan hangat terhadap konsert dua hari yang bermula malam tadi, turut membuktikan pesona Hijjaz masih utuh apabila tiket dilaporkan habis terjual.Membuka tirai dengan alunan Asmaul Husna, Hijjaz kemudian membawa penonton menelusuri perjalanan seni mereka menerusi tayangan montaj sebelum menyampaikan lagu-lagu ikonik seperti Bismillah dan Zapin Kesyukuran.Keutuhan vokal mereka sejak awal persembahan memperlihatkan perjalanan tiga dekad tidak memadamkan pesona kumpulan itu, malah terus mengikat hati peminat yang membesar dengan lagu-lagu mereka."Sedar tak sedar, tiga dekad sudah kami berada di sini. Terima kasih kerana masih bersama-sama kami," kata ahli Hijjaz ketika merakamkan penghargaan buat peminat yang setia menyokong perjalanan seni mereka.Dengan kopiah bermotif geometri segi tiga berwarna kuning dan hitam yang menjadi identiti mereka sejak 1997, Hijjaz yang dianggotai Munif Ahmad, Isman Nadim Isam, Mohd Faizal Osmal dan Muhammad Ariffin Ahmad Rahim meneruskan persembahan menerusi lagu-lagu popular seperti Dia Kekasih Allah, Rasulullah dan Pelita Hidup.Suasana semakin hangat apabila Fatamorgana berkumandang, lagu yang mengingatkan pendengar agar tidak terpedaya dengan keindahan dunia itu segera mengundang penonton menyanyi bersama-sama sehingga ruang konsert bergema dengan suara peminat yang menghafal setiap rangkap liriknya.Daripada kemeriahan itu, suasana berubah syahdu apabila Hijjaz menyampaikan Kau Sahabat Kau Teman, lagu yang cukup dekat dengan hati mereka kerana dicipta bagi mengenang pemergian bekas ahli kumpulan itu, Allahyarham Mohd Salleh Ramli yang meninggal dunia pada Februari 2001.Dihasilkan pada tahun yang sama dan dimuatkan dalam album Pelita Hidup II sebelum diberi nafas baharu pada 2021, lagu berkenaan menjadi luahan rasa kehilangan serta penghargaan terhadap ikatan persahabatan yang terus kekal meskipun dipisahkan oleh kematian."Lagu Kau Sahabat Kau Teman sebenarnya menceritakan tentang apa yang terbuku di hati kami mengenai arwah," kata kumpulan itu, yang kini turut dianggotai Muhammad Ariffin bagi menggantikan Allahyarham.Daripada momen penuh emosi itu, Hijjaz kembali menghidupkan suasana menerusi Mesra Desa sebelum memperkenalkan single terbaharu, Akhir Bersamamu, yang menggabungkan identiti nasyid mereka dengan sentuhan pop kontemporari dalam usaha mendekati generasi muda.Lagu itu turut menampilkan susunan muzik lebih segar, termasuk penggunaan instru
Tiga dekad Hijjaz, Rindu Sumayyah terubat di Istana Negara

Key takeaways
Hijjaz tampil dalam konsert solo bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan di Istana Budaya setelah hampir tiga dekad.
- Konsert Hijjaz 3 Dekad: Rindu Sumayyah berlangsung dua hari dengan sambutan hangat.
- Tiket konsert habis terjual, menunjukkan pesona kumpulan itu masih utuh.
- Hijjaz membawakan lagu-lagu ikonik seperti Sumayyah dan Fatamorgana.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Konsert Hijjaz Rindu Sumayyah : Impian 30 tahun tercapai
- Harian Metro Tiga bulan tak makan nasi, Isman Hijjaz hilang 20kg
- Sinar Harian Tiga dekad Hijjaz, Rindu Sumayyah terubat di Istana Negara (this story)








