KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas kereta dinaiki bersama keluarganya dirempuh kenderaan lain yang dipandu melulu.

Kejadian itu yang tular di media sosial sejak semalam, didakwa berlaku Sabtu lalu di Jalan Kuching di sini.

Melalui perkongsian di laman sosial Threads, Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin melahirkan kesedihan terhadap kematian mangsa.

Rakaman yang tular didakwa menunjukkan kenderaan dinaiki mangsa dirempuh kereta berwarna hitam yang dipandu laju dan melulu.