PENAMPANG: Lelaki maut, manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar di bulatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jalan Bundusan, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pemandu lelaki berusia lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala penumpang lelaki dalam usia sama ditemui tidak sedarkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Zeno Tingalan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.21 pagi sebelum lapan anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi.

"Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan khas menyelamat.