PASIR PUTEH: Seorang pemandu dan tiga penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut selepas kenderaan awam yang mereka naiki merempuh pagar dan surau Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2 di Kilometer 3, Jalan Selinsing-Kok Lanas di sini, pagi tadi.
Kejadian pada pukul 4.30 pagi itu berlaku ketika pengawal keselamatan sedang melakukan rondaan rutin di kawasan sekolah berkenaan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman yang sangat kuat.
Pengawal keselamatan, Jamek Othman Hamzah, 48, berkata sejurus mendengar dentuman itu, dia terus bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut apabila mendapati sebuah bas ekspres merempuh pagar dan surau sekolah berkenaan.
“Semasa kejadian, bas tersebut dinaiki oleh tiga penumpang dan seorang pemandu.








