SEREMBAN: Tiga kesan tikaman ditemukan pada tubuh pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Norhazwani Ibrahim, 35, yang dipercayai dibunuh suaminya di sebuah unit kuarters kakitangan kerajaan di Nilai, di sini semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mangsa mengalami dua kesan tikaman pada bahagian kiri perut dan satu lagi pada pipi kanan.

Bagaimanapun, katanya, punca kematian mangsa belum dapat dipastikan kerana proses bedah siasat dijadualkan dijalankan esok.

“Polis turut menemukan sebilah pisau di atas tilam dalam bilik utama kediaman mangsa selepas ditunjukkan oleh suspek.