ISTANBUL: Pulau Isla Canas, di wilayah Los Santos, selatan Panama kelihatan seolah-olah terbelah selepas gempa bumi bermagnitud 7.5 melanda negara itu minggu lalu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan, semalam.
Panama merekodkan 746 gempa susulan selepas gempa bumi bermagnitud 7.5 melanda negara itu minggu lalu, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan, semalam.
Di Isla Canas, wilayah Los Santos di selatan Panama, penduduk melaporkan pulau berkenaan kelihatan seolah-olah terbelah selepas gempa bumi itu.
Pengarah Institut Geosains Universiti Panama, Nestor Luque, berkata pakar geologi akan menyiasat sama ada rekahan terbentuk merentasi pulau berkenaan hingga ke laut yang boleh menjadi petunjuk berlakunya pergerakan sesar.









