KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Kmy Kmo memohon orang mendoakan bapanya, Mohamed Azmaili Ismail, yang kini kritikal di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital akibat serangan jantung dan komplikasi penyakit lain.
Kmy Kmo atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim berkongsi berita duka itu menerusi satu hantaran di akaun Threads miliknya, semalam.
Menurutnya, bapanya yang sudah menjalani rawatan dialisis hampir 23 tahun kini mengalami penurunan fungsi jantung yang semakin merosot dari hari ke hari.
"Dia kini bergantung pada ubat sokongan jantung dan menjalani dialisis khas (Sustained Low-Efficiency Dialysis - SLED) di ICU kerana keadaan (denyutan) jantung yang tidak stabil.








