hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Empat hari selepas pemergian bapanya, Mohamad Adam Nufail Mohamad Nasiruddin yang baru berusia lapan bulan berdiri di pagar ketika hujan seolah-olah menanti kepulangan insan tersayang itu seperti kali terakhir mereka bertemu.
Perkongsian video memaparkan Mohamad Adam Nufail yang menggunakan walker bayi menunggu di pagar sambil memandang luar seolah-olah menanti kepulangan bapanya dalam hujan meraih lebih 800,000 tontonan dan mengundang sebak warganet di TikTok.
Bapa bayi berkenaan, Mohamad Nasiruddin Hussin, 23, yang juga anggota Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Ipoh, Perak, 25 September lalu.










