MELAKA - Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menafikan dakwaan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang itu berkata, dakwaan berkenaan timbul daripada spekulasi dan persepsi pihak lain, bukannya berdasarkan sebarang pengumuman atau kenyataan yang dibuatnya sendiri.Menurutnya, keterbukaan untuk mengadakan perbincangan mengenai hala tuju politik tidak seharusnya ditafsirkan sebagai pengesahan bahawa beliau akan bertanding pada pilihan raya berkenaan."Pada situasi semasa, pintu perbincangan saya sentiasa terbuka, tetapi pihak lain tidak boleh menentukan pendirian saya."Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mempunyai cadangan, tawaran atau hasrat untuk berbincang mengenai kerjaya politik saya, perkara itu boleh dibawa ke ruang perbincangan," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya.Beliau berkata, keterbukaan tersebut mencerminkan pendekatan politik yang realistik dan matang, namun sebarang keputusan perlu dibuat berdasarkan pertimbangannya sendiri.Jelasnya, tidak wajar untuk membentuk naratif seolah-olah keputusan mengenai pencalonan sudah dibuat sedangkan tiada pengumuman sedemikian daripadanya.Pada masa sama, beliau mengingatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan maklumat yang diterima, terutama dalam landskap politik semasa yang menyaksikan pelbagai spekulasi mudah tersebar."Saya menghormati pandangan semua pihak dan menghargai ruang perbincangan yang dibuka, namun saya berhak menentukan pendirian politik sendiri tanpa didahului andaian atau tekanan persepsi."Jangan anggap keterbukaan sebagai pengesahan, dan jangan jadikan persepsi sebagai keputusan. Ruang perbincangan sentiasa terbuka, tetapi pendirian sebenar hendaklah dirujuk kepada saya sendiri," katanya.
PRN Melaka: Idris Haron nafi dakwaan kembali bertanding di Sungai Udang

Key takeaways
Idris Haron menafikan dakwaan akan bertanding di DUN Sungai Udang pada PRN Melaka.
- Idris Haron menafikan spekulasi tentang kemungkinan bertanding di Sungai Udang.
- Beliau menyatakan keterbukaan untuk perbincangan politik tidak bermakna pengesahan bertanding.
- Beliau menasihati orang ramai memeriksa kebenaran maklumat politik yang diterima.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian PRN Melaka: Idris Haron nafi dakwaan kembali bertanding di Sungai Udang (this story)
- New Straits Times Idris Haron: I never said I wanted to contest Sungai Udang









