KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Dewan Muslimat Pas Malaysia (DMPM) mengadakan kunjung hormat ke Kedutaan Azerbaijan bagi memperkukuh hubungan dan membuka ruang dialog dua hala antara Malaysia dengan Azerbaijan, khususnya berkaitan pemerkasaan wanita, perkembangan semasa negara itu serta isu kebebasan beragama dan kemanusiaan.Delegasi DMPM diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd Salleh; Timbalan Ketua DMPM, Dr. Rosni Adam, Pengerusi Lajnah Hubungan Antarabangsa DMPM merangkap Ahli Parlimen Tumpat; Mumtaz Md Nawi dan Ahli Jawatankuasa DMPM, Dr. Siti Aminah Muhammad Imran.Kunjungan ini turut disertai Pengerusi Sekretariat Tugas-Tugas Khas Wanita UMNO, Datuk Waheeda Farus; Ketua Wanita Wawasan Negara, Dayang Saniah Awang Hamid serta wakil rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO), termasuk I-Aware, INSPIRE, Siswa Pas dan Negarawati.Nuridah berkata, pertemuan tersebut menjadi platform untuk bertukar pandangan mengenai sejarah pemerkasaan wanita Azerbaijan serta keperitan rakyatnya membangunkan semula negara selepas mencapai kemerdekaan.Katanya, pengalaman wanita Azerbaijan dalam menghadapi cabaran pembangunan negara dan membina kehidupan masyarakat turut menjadi antara perkara yang mendapat perhatian."Perbincangan juga menyentuh usaha pembangunan semula Azerbaijan, termasuk pemulihan masjid serta penyediaan penempatan untuk rakyat yang terkesan akibat peperangan dan penjajahan," katanya.Perkara berkaitan usaha membina semula lebih 3,000 masjid dan menyediakan penempatan bagi lebih sejuta rakyat yang kehilangan tempat tinggal turut diketengahkan dalam perkongsian tersebut.Dalam aspek pemerkasaan wanita, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai peranan wanita sebagai penggerak pembangunan masyarakat, khususnya dalam bidang pendidikan, kebajikan, pembangunan keluarga dan kepimpinan komuniti."Perkongsian pengalaman ini diharapkan dapat memperkukuh persefahaman serta membuka peluang kerjasama yang lebih luas antara pertubuhan wanita Malaysia dan Azerbaijan," kataNuridah lagi.Selain itu, katanya, DMPM turut menyampaikan keprihatinan terhadap isu larangan pemakaian tudung di sekolah di Azerbaijan."Isu ini dibangkitkan dalam semangat dialog dan diplomasi, dengan menekankan kepentingan menghormati kebebasan beragama serta hak pelajar Muslim untuk mengamalkan tuntutan agama mereka dalam persekitaran pendidikan," katanya.Kunjungan ini turut membawa mesej solidariti terhadap isu kemanusiaan dan kesejahteraan masyarakat.DMPM menegaskan bahawa keamanan, keadilan, keharmonian dan penghormatan terhadap maruah insan merupakan asas penting dalam membina hubungan antarabangsa yang saling menghormati."DMPM berharap pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada dialog yang konstruktif dan berterusan antara Malaysia dengan Azerbaijan, sekali gus membuka ruang kepada pertukaran pengalaman, kerjasama strategik dan usaha bersama dalam memperkasakan wanita serta membangunkan masyarakat," katanya.Beliau berkata, hubungan antarabangsa bukan sekadar tentang per
Kunjung hormat DMPM ke Kedutaan Azerbaijan buka ruang dialog dua hala

Key takeaways
DMPM mengadakan kunjung hormat ke Kedutaan Azerbaijan untuk memperkukuh hubungan dan membuka ruang dialog dua hala.
- Delegasi DMPM bertemu wakil Azerbaijan untuk berbincang tentang pemerkasaan wanita dan isu kemanusiaan.
- Perbincangan menyentuh usaha Azerbaijan memulihkan masjid dan menyediakan tempat tinggal untuk rakyat terjejas.
- Kunjungan ini melibatkan wakil NGO dan pemimpin wanita dari pelbagai parti politik.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Updated
- October 17, 2026 at 2:50 AM UTC
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian 19 negara kecam Colombia buka kedutaan di Baitulmaqdis
- Harian Metro Anwar terima kunjung hormat delegasi UniSIRAJ
- Sinar Harian Kunjung hormat DMPM ke Kedutaan Azerbaijan buka ruang dialog dua hala (this story)







