PASIR GUDANG - Satu mayat lelaki ditemui orang awam dalam keadaan terbakar di tepi landasan keretapi laluan Kempas-Pasir Gudang, di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat tersebut di kilometer 22.50 dan kilometer 22.75 berdekatan landasan tersebut pada jam 4.20 petang."Susulan maklumat tersebut, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam bersama-sama pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pergi ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut."Hasil siasatan mendapati mayat yang ditemui merupakan seorang lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan dalam keadaan terbakar hampir 70 peratus," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, mayat tersebut kemudian dibawa ke Hospital Pasir Gudang untuk proses bedah siasat."Hasil pemeriksaan bedah siasat pada hari ini mendapati punca kematian adalah akibat melecur atau terbakar yang serius. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR)," ujar beliau.
Mayat lelaki terbakar ditemui di tepi landasan keretapi

Key takeaways
Mayat lelaki terbakar ditemui di tepi landasan keretapi di Pasir Gudang. Pihak polis sedang menyiasat kes tersebut.
- Mayat lelaki ditemui dalam keadaan terbakar hampir 70 peratus di tepi landasan keretapi.
- Pihak polis dan pasukan forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
- Punca kematian adalah akibat terbakar yang serius dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Mayat lelaki dipercayai mangsa bunuh dijumpai di tepi jalan
- Sinar Harian Mayat lelaki terbakar ditemui di tepi landasan keretapi (this story)




