SHAH ALAM - Majoriti responden menerusi tinjauan pendapat (poll) di lima platform digital Sinar Harian menyokong pelaksanaan kadar gaji minimum baharu sebanyak RM2,000 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2027, Jumaat lalu.Tinjauan yang dibuka selama lima hari bermula Ahad, merekodkan penyertaan keseluruhan seramai 1,061 responden.Platform YouTube mencatatkan penglibatan tertinggi dengan 665 undian, diikuti Instagram sebanyak 271 undian, Facebook dan X masing-masing 87 undian, manakala Threads, 39 undian.Berdasarkan dapatan undian, Facebook mencatatkan peratusan persetujuan tertinggi sebanyak 86 peratus yang menyokong kenaikan kadar baharu.Ia diikuti platform X (81.8 peratus), YouTube (80 peratus), Instagram (65 peratus) dan Threads (59 peratus).Bagaimanapun, Instagram merekodkan peratusan tidak setuju sebanyak 35 peratus, manakala Threads mencatatkan 41 peratus, YouTube (20 peratus), X (18.2 peratus) dan Facebook (14 peratus).Untuk rekod, dapatan tinjauan digital Sinar Harian itu tidak mewakili pandangan keseluruhan rakyat Malaysia kerana penyertaan hanya melibatkan pengguna yang mengambil bahagian dalam undian di platform berkenaan.Pelbagai reaksi rakyatMeskipun sokongan secara keseluruhan adalah tinggi, maklum balas di ruangan komen mencerminkan terdapat kebimbangan daripada masyarakat.Antara isu yang dibangkitkan ialah kemungkinan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan terutama jika peningkatan kos buruh dipindahkan kepada pengguna.Di Instagram, sebahagian responden turut mempersoalkan sejauh mana kenaikan gaji minimum dapat membantu pekerja menghadapi kos sara hidup sekiranya harga barangan terus meningkat.Kebimbangan turut melibatkan pekerja yang tidak menikmati kenaikan tersebut, khususnya mereka yang bekerja di perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).Dalam pada itu, responden YouTube membangkitkan ke-perluan meningkatkan produktiviti pekerja seiring dengan kenaikan gaji, selain risiko peningkatan kos buruh terhadap operasi perniagaan dan daya tarikan pelaburan asing.Antara cadangan yang dikemukakan termasuk pemberian pelepasan cukai lebih besar kepada majikan bagi mengurangkan tekanan kos operasi dan kajian pelaksanaan yang mengambil kira kemampuan perniagaan serta keadaan ekonomi semasa.Kebimbangan tersebut menunjukkan peningkatan pendapa-tan nominal perlu disertai usaha mengawal kos sara hidup supaya kuasa beli pekerja tidak terjejas akibat kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.Sebelum ini, kerajaan mengumumkan kenaikan kadar gaji minimum bulanan daripada RM1,700 kepada RM2,000 yang akan berkuat kuasa pada Jun 2027 melibatkan lebih empat juta pekerja di seluruh negara.Selain itu, pembaharuan kerangka pendapatan pekerja turut diumumkan dengan menetapkan gaji permulaan sebanyak RM2,500 sebulan bagi pekerjaan separa mahir dan graduan.
Majoriti sokong gaji minimum RM2,000

Key takeaways
Kajian menunjukkan majoriti responden menyokong gaji minimum RM2,000 yang diumumkan PM Anwar.
- Tinjauan melibatkan 1,061 responden dari lima platform digital.
- Facebook mencatatkan persetujuan tertinggi iaitu 86 peratus.
- Instagram mempunyai peratusan tidak setuju paling tinggi iaitu 35 peratus.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AISYAH BASARUDDIN,RAJA DANIA SAFIAH RAJA DAUD
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Gaji minimum RM2,000, had pelepasan cukai individu naik ke RM12,000
- Utusan Malaysia Kesuma perinci pelaksanaan gaji minimum RM2,500
- Utusan Malaysia Gaji minimum RM2,000 dipersetujui Majlis Perundingan Gaji Negara
- Sinar Harian Majoriti sokong gaji minimum RM2,000 (this story)







