KUALA LUMPUR – Malaysia perlu memperkukuh keupayaan pedagang petroleum tempatan menerusi akses pembiayaan dan latihan industri bagi merealisasikan aspirasi menjadi hab perdagangan petroleum serantau.
Pakar industri petroleum tempatan, Jeyenderan M Ramasamy berkata, sokongan institusi kewangan dan pembangunan kepakaran tempatan penting bagi membolehkan lebih ramai pedagang Malaysia bersaing dalam pasaran petroleum antarabangsa.
Menurutnya, kemudahan pembiayaan bank menjadi antara keperluan utama kerana perdagangan petroleum memerlukan modal besar untuk pembelian kargo serta memenuhi komitmen perniagaan.
“Tanpa bank menyediakan kemudahan pembiayaan, tidak ada gunanya bercakap mengenai perdagangan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.






