PETALING JAYA – Malang tidak berbau buat penyanyi Wany Hasrita apabila berhadapan detik cemas selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja semalam.

Bagaimanapun, Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33, bersyukur berada dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan serius walaupun kereta miliknya mengalami sedikit kerosakan.

“Dalam perjalanan nak pergi ‘soundcheck’ Anugerah Melodi Terhangat. Alhamdulillah, tiada yang serius.

“Tapi kereta calar dan bonet terangkat sikit,” katanya dalam Threads.