KUALA LUMPUR – SSFHOME terus membantu rakyat Malaysia menceriakan kediaman menerusi kempen ‘New Style, Big Value’ yang menawarkan pelbagai pilihan perabot, dekorasi dan aksesori rumah pada harga menarik.

Kempen berkenaan memberi peluang kepada pelanggan memberikan nafas baharu kepada ruang kediaman, termasuk ruang tamu, bilik tidur dan ruang lain mengikut cita rasa serta bajet masing-masing.

Sebagai sebahagian daripada kempen itu, SSFHOME turut menawarkan pelbagai produk pilihan bulanan pada harga istimewa dan nilai terbaik, khusus untuk ahli SSFHOME VIP.

Sebagai jenama kelengkapan rumah yang dipercayai rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun, SSFHOME terus komited menawarkan pelbagai pilihan perabot, dekorasi dan aksesori kediaman berkualiti pada nilai terbaik.