KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Ativa dipandunya terbabas sebelum merempuh tiang monorel di Jalan Hang Tuah, di sini awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa berusia 28 tahun dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh di jalan berkenaan dari arah Pudu menghala ke Jalan Dewan Bahasa.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 4.49 pagi.
“Siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dipercayai hilang ka








