Kuala Lumpur: Seorang lelaki berputih mata selepas kerugian RM11,000 akibat menjadi mangsa pemerasan dalam talian oleh individu yang dikenalinya menerusi aplikasi mencari kenalan.

Mangsa berusia 24 tahun itu pada mulanya berkenalan dengan seorang wanita dikenali sebagai Lara yang mendakwa tinggal di Norzagaray, Filipina.

Menurut sumber, mereka kemudian meneruskan perbualan menerusi aplikasi pemesejan pada 11 Oktober lalu.

"Wanita terbabit kemudian mengajak mangsa melakukan panggilan video dan ketika itulah suspek merakam video mangsa.