KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang wanita warga emas di sini menggandakan wang simpanan miliknya hingga mencecah RM300,000 tidak kesampaian apabila diperdaya 'Tuan Guru' hingga kerugian lebih RM40,000.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga pesara kerajaan berusia 71 tahun itu kira-kira jam 11.06 malam kelmarin.
Katanya, mangsa yang kehilangan wang simpanannya terperangkap dalam taktik penipuan berkenaan selepas melihat satu iklan menerusi aplikasi Facebook pada 7 Oktober lalu yang menawarkan skim menggandakan wang.
"Mangsa berminat menyertai skim itu kemudian meninggalkan nombor telefonnya di ruangan komen pada halaman berkenaan. Dia kemudian menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai 'Ustaz Hilmi Firdausi'.








