WASHINGTON – Setiausaha Akhbar White House, Katie Zacharia disingkirkan semalam, kurang seminggu selepas memegang jawatan berprofil tinggi tersebut berikutan siri kesilapan yang menambahkan lagi masalah kepada bosnya, Presiden Donald Trump.
“(Saya) boleh sahkan,” kata seorang pegawai White House kepada AFP, selepas Fox News melaporkan bahawa Zacharia, 41, ‘dalam proses keluar’.
Petanda mengenainya kelihatan lebih awal apabila Trump berkata, beliau sedia melepaskan jurucakap baharunya itu di tengah-tengah kritikan bahawa Zacharia berpura-pura menjadi peguam, manakala taklimat akhbarnya menjadi bahan ejekan.
“Saya berkata, Katie, adakah (pekerjaan) ini (sesuai) untuk anda?’.










