Washington: Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Katie Zacharia, disingkirkan daripada jawatan itu pada Jumaat selepas kurang seminggu berkhidmat, susulan beberapa kesilapan yang menambah tekanan kepada Presiden Donald Trump yang berdepan pelbagai kontroversi.
"Boleh disahkan," kata seorang pegawai Rumah Putih kepada AFP selepas Fox News melaporkan bahawa Zacharia, 41, sedang 'beralih keluar' daripada jawatan berkenaan.
Petanda mengenai nasibnya sudah jelas lebih awal apabila Trump membayangkan beliau bersedia melepaskan jurucakap baharunya itu susulan kritikan bahawa Zacharia berpura-pura sebagai peguam serta sidang media pertamanya yang menjadi bahan ejekan.
"Saya berkata, 'Katie, adakah ini untuk kamu?' Saya berkata kepadanya, 'Katie, kamu tak perlu buat perkara ini'... Sejujurnya, jika saya berada di tempat kamu, saya akan mempertimbangkan semula," kata Trump kepada wartawan.






