Istanbul: Kementerian Penerangan Yaman mendakwa kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aden di selatan negara itu menjadi sasaran serangan kumpulan Houthi pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Kumpulan Houthi sekali lagi menyasarkan kawasan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Aden, berdekatan Kem Badr," menurut kementerian itu menerusi hantaran di platform X.
Secara berasingan, portal berita Yaman, Al-Masdar Online memetik penduduk tempatan sebagai berkata mereka terdengar dua letupan di bandar Aden.
Bagaimanapun, kumpulan Houthi belum memberikan sebarang ulasan berhubung kenyataan kementerian itu.








