LOS ANGELES: Pemenang dua trofi Oscar, Hilary Swank, bakal menimang cahaya mata ketiga pada usia 52 tahun, iaitu tiga tahun selepas melahirkan pasangan kembar hasil perkahwinannya dengan usahawan, Philip Schneider.

Bintang filem Million Dollar Baby itu mengumumkan berita gembira menerusi video bersahaja di Instagram (IG), sekali gus mendedahkan bayi terbaharunya dijangka dilahirkan, Disember ini.

Video berkenaan memaparkan Schneider bersama pasangan kembar mereka yang kini berusia tiga tahun, Aya dan Ohm, menari dalam suasana gelap dengan batang bercahaya dilekatkan pada tubuh masing-masing. Swank kemudian menyertai mereka dengan memperlihatkan bentuk figura bercahaya pada bahagian perutnya yang semakin membesar.