PETALING JAYA – Sebanyak 24 kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat pukul 10 pagi ini.

Berdasarkan kemas kini Sistem Pengurusan Kualiti Alam Sekitar Malaysia (MyEQMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pasir Gudang, Johor mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 196, diikuti Larkin, Johor dengan bacaan 177.

Pengerang, Johor pula merekodkan bacaan IPU sebanyak 174, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (173), manakala Seremban, Negeri Sembilan dan Kota Tinggi, Johor masing-masing mencatatkan bacaan 172.

Klang, Selangor merekodkan bacaan IPU sebanyak 171, diikuti Batu Pahat, Johor dan Johan Setia, Selangor yang masing-masing mencatatkan bacaan 170.