Alor Setar: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah tampil memberi penjelasan rasmi berhubung beberapa isu membabitkan perkhidmatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Jitra yang tular di media sosial baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan, JKN Kedah mengesahkan pihaknya mengambil maklum kebimbangan awam, khususnya berkaitan isu tempoh masa menunggu rawatan serta dakwaan salah laku anggota bertugas.
Mengulas insiden tempoh menunggu, hasil siasatan mendapati seorang pesakit yang mendaftar pada jam 7.30 pagi, 9 Oktober lalu telah dikategorikan sebagai kes Zon Hijau (bukan kritikal) selepas saringan klinikal dilakukan.
"Pada masa sama, pasukan perubatan sedang memberikan keutamaan rawatan kepada pesakit kritikal di Zon Merah serta dua pesakit separa kritikal di Zon Kuning.






