Pasir Gudang: Mayat lelaki ditemukan orang awam dalam keadaan terbakar di tepi landasan kereta api laluan Kempas-Pasir Gudang di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat itu di kilometer 22.50 dan kilometer 22.75 berdekatan landasan tersebut pada jam 4.20 petang.

Beliau berkata, siasatan mendapati mayat adalah seorang lelaki tanpa sebarang dokumen pengenalan diri dan dalam keadaan terbakar hampir 70 peratus.

Katanya, berdasarkan keadaan mayat, lelaki itu dipercayai membakar dirinya sendiri.