KUALA TERENGGANU: PAS sudah mempunyai senarai calon berpotensi untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, persiapan menghadapi pilihan raya berkenaan secara umumnya lancar, manakala penentuan calon akan dibuat mengikut proses dan keputusan parti.
Katanya, senarai akhir calon perlu melalui proses tapisan sebelum mendapat kelulusan rasmi Majlis Syura Ulama PAS dan diumumkan kepada umum.
"PAS sudah menyenaraikan beberapa nama calon yang akan bertanding pada pilihan raya itu, namun perkara berkenaan masih menunggu ketetapan parti," katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Terengganu International Summit (TIS) 2026 sempena tiga tahun memperingati Taufan Al-Aqsa di Stadium Negeri, di sini, hari ini.






